Blogger Widgets Tak pandai meniaga..bagaimana saya bermula? ~ Umat Islam Kena Kaya

Sunday 25 March 2012

Tak pandai meniaga..bagaimana saya bermula?


Setelah melalui beberapa fasa iaitu minat emas,terjebak skim emas,membeli emas fizikal,saya melangkah setapak lagi dengan meniaga emas.Secara jujurnya,awalnya saya membeli emas bukanlah untuk meniaga,tetapi lebih kepada untuk simpanan sendiri dan keluarga.
Saya bukanlah individu yang pandai meniaga dan saya tak pernah meniaga seingat saya.Ada juga pernah menolong saudara dan kawan yang meminta menjual produk mereka.Maklum sahaja,tugas sebagai guru membuatkan saya mempunyai ramai juga kenalan.Kadang-kadang saya minta rakan yang biasa menjual untuk tolong jualkan. :)
Bagaimana saya mula meniaga emas?sedangkan saya tak pandai..
Pernah dengar orang kata ‘buat apa yang anda suka..suka apa yang anda buat’ ?yup..inilah sebenarnya.Saya minat dengan emas.Sejak penghujung 2008,saya telah mula mengkaji tentang emas.Cuma selepas terjebak dengan skim,perjalanan saya terhenti seketika.Apabila saya membuka kembali buku lama,dan melihat pada situasi dan trend orang mempromosi emas di blog2,saya mula mengkaji sekali lagi dan mendapat jawapannya.Kali ini saya mendapat dorongan dan tunjuk ajar dari mentor saya dan semakin yakin dengan keputusan yang dibuat.Walaupun niat untuk menyimpan,tetapi kami mengambil keputusan untuk menjadi dealer memandangkan beli dalam jumlah yang banyak..tanpa bercadang untuk meniaga emas.
Mentor saya En.Syukor Hashim memberitahu saya,simpan emas memang untung,tapi menyimpan sambil meniaga emas lebih menguntungkan.Pada masa itu saya masih ‘blur’ apa maksud beliau.Meniaga emas macam mana?Bagaimana nak bermula,nak meniaga pada siapa dan macam-macam lagi.
Berdasarkan pengalaman lepas,semuanya bermula disebabkan saya suka berkongsi.Saya bercerita dengan rakan-rakan yang baik dengan saya tentang emas.Cerita saya menjadi rancak kerana kawan-kawan suka bertanya dan menunjukkan minat.Saya susah hendak memulakan,tetapi sekali dah bermula,saya terus bercerita.Pantang berjumpa,jika ada peluang kami akan berbual tentang emas.Masih saya ingat awal-awal dahulu,saya menjadi kaunter pertanyaan “berapa harga emas hari ini?’-hampir setiap hari.Masa itu,kawan-kawan saya dah terkena demam emas berjangkit dari saya..:)


Ramai tahu emas berharga tetapi tidak tahu sebab perlu menyimpannya

Mengapa perlu bercerita?
Tahukah anda,ramai yang tidak membeli emas kerana mereka tidak tahu tentang kepentingan emas.Apa yang mereka tahu emas berharga dan selalunya sebagai perhiasan dan sebagai aset.Lebih dari itu mereka belum pernah dengar.Jadi,kalau anda minat meniaga emas walaupun secara sambilan,anda harus ada ilmu tentang emas yang mantap.Mana nak dapatkan ilmu emas?Banyak sumber-membaca di blog-blog ,forum,buku dan artikel tentang emas,menghadiri seminar dan yang paling penting,anda perlu ada mentor atau introducer yang boleh membimbing anda.Apa yang penting,anda perlu rajin bertanya supaya mentor anda tahu apa yang anda tidak faham dan membantu anda.
Jika anda kata ‘saya tak pandai nak cerita’-anda mampu mengubahnya.Jadilah orang yang suka bercerita.Jika anda banyak membaca dan mendapat ilmu serta tunjuk ajar dari orang yang sudah berkecimpung,anda hanya perlu tiru cara mereka dan kembangkan idea mereka.Jika anda mengatakan ‘saya tak boleh’ juga..perniagaan memang tak sesuai dengan anda.Nak seribu daya,tak nak seribu dalih.Orang yang ingin berjaya akan mencipta seribu jalan,tapi yang tak ingin berjaya akan mencipta seribu alasan.
Saya juga sama macam anda.Jika anda kurang selesa untuk memulakan cerita tentang emas dengan orang lain,anda boleh mula secara online dahulu.Sama ada melalui facebook,forum,yahoo messenger atau blog.Pelajari cara-cara untuk membuat bisnes secara online.Anda boleh tambah ilmu tersebut antaranya di Wangcyber.com dan beberapa web lain yang mengajar bagaimana membuat bisnes online dan meningkatkan traffic di web atau blog anda.Saya sendiri masih dalam proses belajar dan belajar banyak perkara.
Buat masa ini saya memilih berbisnes secara online 90% kerana mempunyai banyak komitmen.Ramai yang mengatakan sumber mereka paling banyak adalah daripada hasil bergerak secara offline.Pemerhatian saya pula,adalah amat bagus jika dapat menggabungkan keduanya sekali – 60 % offline dan 40% online atau mengikut kesesuaian masing-masing.
Pengalaman secara online ini kelebihannya,kita akan jumpa dengan pelanggan yang sudah tahu tentang emas dan mempunyai minat,jadi tugas kita menambah info yang mereka belum tahu.Bergerak secara offline pula,anda harus bersedia dengan penolakan,jangan mudah putus asa kerana masyarakat kini amat fobia dengan skim dan MLM.Mungkin cara penyampaian kita juga tidak kena.Anda harus tanam niat untuk berkongsi tentang emas.Beli atau tidak emas dengan anda,jangan difikirkan.1 say no,we say..next!
Setakat ini dahulu,akan datang saya akan kongsikan lagi tip meniaga kerana lewat ini ramai yang menghubungi saya kerana berminat untuk menyimpan emas sambil meniaga.Jika anda dah mencuba untuk meniaga tetapi masih tidak berjaya,jangan buntu,pasti ada penyelesaiannya.Saya akan cuba kongsikan pengalaman saya berhadapan dengan pelbagai pelanggan dan situasi nanti.Kita haruslah melayani mereka dengan sebaiknya dan menjaga adab dan etika dengan pelanggan.
Jika anda berminat menyimpan emas sambil meniaga untuk menambah pendapatan,boleh hubungi saya untuk bimbingan dan saya akan ‘guide’ anda sehingga anda mampu melakukannya sendiri,insyaAllah :)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More