Blogger Widgets Sistem Ar rahnu bukan Perniagaan ~ Umat Islam Kena Kaya

Saturday 24 March 2012

Sistem Ar rahnu bukan Perniagaan


Salam kepada semua pembaca ..
Pagi tadi saya mendapat link berita mengenai salah seorang artis yang masuk paper hari ini.Mengenai perniagaan emasnya dengan syarikat Serambi Emas.Mungkin yang mengikuti blog ini akan mendapati saya telah banyak kali post artikel berkaitan Serambi Emas sehingga ada yang komen mengatakan saya hendak menjatuhkan bisnes orang lain,dengki dan menuduh inilah sikap Melayu yang tak boleh tengok orang lain berjaya katanya.
Di radio Ikim pun dah banyak kali bagi tau perkara ni,tak boleh pajak emas yang bukan milik kita dan jauhi sistem 30:70 atau 35:65 ini.Takkanlah ustaz tu pun nak dengki dan ada kepentingan jugak?Mereka menyampaikan apa yang betul,begitu juga saya.Saya tak pernah kondem syarikat emas yang lain selagi urusniaganya betul.Tapi jika ada yang tak betul,tiada kompromi sebab saya tak nak orang lain pun terjebak dan rugi
Saya bukan lama sangat dalam bidang emas ini,tapi saya percaya sekurang-kurangnya lebih lama sedikit dari anda kerana telah bermula pada tahun 2008.Jadi saya telah melalui fasa di mana orang baru hendak kenal simpanan emas,sehinggakan hanya ada satu blog sahaja tentang emas pada waktu itu yang berkongsi tentang ilmu emas,iaitu blog sifu saya En Syukor Hashim.
Saya menyaksikan sendiri dan mengalami sendiri kerugian apabila terjebak dengan sistem ar rahnu pada masa itu!
Saya juga saksi yang sama tahu syarikat yang sedang giat mempromosikan perniagaan mereka ini adalah pemilik syarikat yang sama merugikan saya dahulu iaitu Etika Emas (kes masih berjalan di BNM,jika tak percaya boleh check).Namun kali ini ia muncul berwajah baru  dan  mereka -mereka yang terlibat dengan Etika Emas berselindung di balik tabir dan menggunakan orang lain untuk meneruskan rancangan mereka mengaut keuntungan besar dengan cara guna ar rahnu ini.
Ingin tahu tentang Etika Emas?Anda boleh baca di sini :
Ada 3 bahagian semuanya.InsyaAllah jika anda berniat nak tahu perkara sebenar,pasti anda akan baca.
Berikut pula sedutan dari artikel saya yang bertajuk 7 Jangan Dalam Simpanan Emas:
2.Jangan Ar rahnu sebarangan
Ramai yang menyalahgunakan perkhidmatan ar rahnu kebelakangan ini.Peranan ar rahnu ialah memberi pinjaman bercagar kepada yang memerlukan,bukan kepada mereka yang tamak.Siapakah yang tamak?
Orang yang jual dan beli menggunakan sistem 35:65 atau 30:70.Contoh seperti ini:
Katakan emas 999 100g berharga RM10k,pembeli hanya sediakan RM3k sahaja kerana bakinya akan dibayar menggunakan hasil pajakan di ar rahnu di mana pemajak akan mendapat RM7k dan menyerahkannya kepada peniaga.Urusan dengan peniaga sudah selesai,dan peniaga kenyang sebab dapat untung besar jual emas dengan cara ini.Apa cerita dengan pembeli?Terpaksa membayar pinjaman dan kos upah simpan.
Realitinya ramai yang tidak faham tentang sistem ini,dan buat kerana terpengaruh dengan janji manis si penjual.Akibatnya ramai yang tercekik sehingga terpaksa menjual emas di dalam ar rahnu dengan harga yang rendah.Lebih menyedihkan kerana si penjual sengaja memasang perangkap ini agar dapat membeli emas di bawah harga pasaran dengan cara ini apabila dihubungi si pembeli,kerana dapat menjualnya dengan harga yang lebih tinggi kepada pembeli lain
Ramai yang tak sedar mereka golongan yang tamak.Antara syarikat paling top mempromosikan sistem ini ialah Serambi Emas.Paling menyedihkan,mereka menggunakan orang berpengaruh untuk meyakinkan orang ramai dengan promosi yang hebat-hebat belaka di media massa termasuk televisyen.
Sistem ini salah di sisi agama.Awas jika anda terlibat.Ar rahnu BUKAN perniagaan!
Sila klik sini jika ingin membaca artikel yang penuh mengenai perkara yang perlu anda elakkan dalam simpanan emas ini:
Saya telah pun memberi anda link yang harus anda baca ,di mana bagi setiap artikel akan ada cadangan artikel lain yang berkaitan,maka mudahla anda membuat sedikit pembacaan dan kajian sebelum tersalah langkah.

Diana kaya kerana emas





SEJAK dua tahun lepas, Diana Rafar menumpukan perhatian kepada perniagaan emas yang memberikan pendapatan lumayan.

RAMAI yang menyangka sejak melahirkan anak sulung, Kashfi Haiqal, pada 29 Oktober 2010, pelakon Diana Rafar sudah tidak aktif berlakon.
Sebenarnya, pelakon utama filem Susuk itu masih meneruskan kerjaya sebagai pelakon yang diladeni sejak 1988.
Kata Diana atau Adiana Abdul Rafar, 30, sejak ada anak, kegiatannya sebagai pelakon agak terbatas kerana dia perlu mengutamakan keluarga.
“Diana tidak boleh tinggalkan anak lama sebab masih menyusu badan. Kalau ada tawaran berlakon yang waktu penggambarannya singkat, pasti Diana terima.
“Lainlah kalau ada produksi yang boleh bertolak ansur, sudah pasti Diana terima tawaran itu. Bagi Diana, sekarang ini keluarga lebih utama. Kalau tidak berlakon, Diana tetap sibuk menguruskan spa dan memenuhi undangan persembahan nyanyian bersama kakak, Linda Rafar,” katanya ketika ditemui di D’Lugano Spa, Seksyen 13, Shah Alam baru-baru ini.
Menurut anak bongsu dari enam beradik itu, dia tidak menyesal menolak banyak tawaran kerana telah menemui satu bidang baru yang lebih menguntungkan, iaitu menjadi ejen menjual kepingan emas.
Sebagai ejen menjual kepingan emas 999.9 dengan syarikat pembekal Serambi Emas, Diana memberitahu, dia tidak memerlukan masa yang lama di sesuatu tempat memandangkan pekerjaan itu mampu mendatangkan hasil yang lumayan.
“Kalau berlakon, Diana kena tinggalkan anak di rumah. Bila buat jualan emas begini, boleh bawa anak bersama. Adalah menjadi hasrat Diana untuk berkongsi rezeki ini dengan orang lain keranaperniagaan ini sudah lama beroperasi, cuma orang kita sahaja yang tidak sedar,”katanya bersungguh-sungguh.
Menurut Diana, sudah dua tahun dia menjadi ejen menjual kepingan emas dan pulangan yang diperoleh amat lumayan sehinggakan sekarang ini menjadi terlalu memilih untuk berlakon.
“Sekarang Diana sudah temui satu bidang baru yang memberi pendapatan berlipat ganda daripada berlakon. Jadi buat masa sekarang, Diana tumpukan perhatian pada perniagaan emas ini.
“Dulu memang Diana kena cari pelanggan dan menerangkan apa kelebihan kalau kita membeli emas. Alhamdulillah, sekarang ini ramai yang mencari Diana pula untuk menceburi bidang ini,” katanya.
Menurut Diana, dia ingin mengubah pendirian masyarakat Melayu agar tidak menjadikan emas sekadar hiasan diri semata-mata tetapi sebagai pelaburan jangka masa panjang.
Harga emas sentiasa naik mengikut pasaran semasa dan emas yang dibeli itu boleh disimpan sendiri atau di bank melalui sistem Ar-Rahnu.
“Kalau emas itu disimpan di rumah, pembeli tidak akan mendapat sebarang keuntungan melainkan kena jual emas itu.
“Di Serambi Emas pelanggan boleh membeli melalui sistem Ar-Rahnu di mana mereka boleh membayar 35 peratus daripada nilai sebenar dan bakinya akan dibiayai Ar-Rahnu,” terangnya lancar.
Tambah Diana, selepas membayar secara ansuran kepada Ar-Rahnu, emas berkenaan akan menjadi hak milik pembeli dan mereka yang terbabit dengan perniagaan emas dengan Serambi Emas pada masa sama dapat menjana pendapatan sampingan.
Katanya, perniagaan emas yang dilakukannya bukanlah sistem jualan langsung tapi sebagai persediaan masa depan
Malah, dia sanggup turun padang untuk memberi penerangan pada sesiapa yang ingin menambah pendapatan dengan cara ini.
Lantaran seronok mengendalikan perniagaan jual beli emas itu, kini Diana menjadi seorang pemilih dalam bidang lakonan.
“Bukan Diana nak berhenti berlakon, cuma kurangkan sedikit. Lagipun sudah lama Diana berlakon, sekarang ini masanya untuk tumpu pada keluarga.
“Disebabkan anak masih menyusu badan, Diana tidak boleh terima tawaran berlakon yang lama sebab kasihan pada anak. Lainlah kalau watak yang diberi benar-benar menarik perhatian, Diana akan fikir dua kali,” katanya tersenyum.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Sumber :Utusan Malaysia,25 /02/2012
Ulasan saya :
1.Dia mendakwa mendapat hasil yang lumayan,apa tidaknya,syarikat ini boleh mendapat stok emas yang murah dan dijual kepada anda mengikut harga semasa yang mahal.Setiap pelanggan yang diperkenalkan,imbuhan yang besar menanti agennya.
2.Harga emas sentiasa naik?Harap selepas ni boleh buat kajian sedikit,jangan beri janji manis sahaja “harga emas sentiasa naik”
Jangka masa panjang ye,tapi secara keseluruhannya ada juga masa harga emas turun dan ada tahun yang tak naik banyak pun ada.Anda perlu ada ilmu yang betul supaya tahu apa nak buat jika harga emas tak naik.Penyimpan emas yang berilmu tidak akan mengharapkan harga emas naik sahaja.

3.Ar rahnu bukan perniaagaan,ia tempat untuk memajak emas kita bila ada keperluan.Slogan mereka pun sudah jelas salah.Janganlah jadi orang yang mudah terpengaruh dengan kata-kata manis dan menjanjikan kekayaan/keuntungan tanpa mencari ilmu berkaitan bidang ini.
4.Beli emas dengan mereka,anda mendapat pinjaman dari ar rahnu (of course kena bayar balik,nama pun pinjaman),dan dengan duit yang anda dapat,anda serah kepada agen,mereka dapat untung,apa yang anda dapat?
i.Emas berada di ar rahnu (ada plan bila nak tebus,bayaran bulanan dan lain-lain?)
Orang lain beli emas dapat emas,anda beli emas dapat surat pajak
ii.Upah simpan yang nak kena bayar bulan2,jadi kat mana untungnya kalau duk bayar upah simpan tak habis2?
Ada kira semua kos-kos ni?
iii.Tak kena cara,emas terlelong,apa pun anda tak dapat.35% lebur begitu sahaja tak termasuk kos-kos yang telah disebutkan di atas.
5.”Kalau emas disimpan di rumah,pembeli tidak mendapat sebarang keuntungan melainkan dengan jual emas itu”katanya.
Kalau macam tu simpan di ar rahnu siapa yang untung?Agen dah dapat terus untungnya,anda yang kena fikirkan macam mana nak settlekan pinjaman ar rahnu tersebut.
Simpanan emas untuk jangka masa panjang,bukan harga naik je fikir nak jual.Baca balik artikel saya mengenai perbezaan di antara simpanan dan pelaburan emas.
Jadilah penyimpan emas,dan jangan pula  terjebak dengan “peleburan emas”.
Belilah emas dengan ilmu.
Bagi saya,lebih baik membeli mengikut kemampuan dan pegang walaupun 1 gram emas di tangan daripada beli 100g emas tapi ada di ar rahnu,bukan di tangan pemilik.Kembali pada point utama-sistem ini tidak boleh dalam Islam,jangan percaya cakap saya,tanya sendiri dengan yang lebih arif ,adil dan telus menyampaikan kebenaran.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More