Blogger Widgets Hijrah kepada Simpanan dan Matawang Sebenar ~ Umat Islam Kena Kaya

Sunday 25 March 2012

Hijrah kepada Simpanan dan Matawang Sebenar


Pengertian hijrah
Dari sudut bahasa, hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau berubah dari satu keadaan kepada satu keadaan lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud)
Dalam makna yang lebih luas, hijrah difahami sebagai perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada keadaan yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar. Pada asasnya, peristiwa hijrah bukan saja berlaku kepada Nabi Muhammad tetapi turut dilakukan oleh nabi yang lain atas perintah Allah. Nabi Ibrahim umpamanya diperintahkan Allah berhijrah ke satu tempat yang lain seperti mana firman-Nya al-Quran yang bermaksud: “Setelah Nabi Lut beriman kepada-Nya dan Nabi Ibrahim pun berkata: Aku hendak berhijrah kepada Tuhanku, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Ankabut, ayat 26).
Bagaimanapun dalam konteks hari ini, hijrah yang disambut setiap tahun pula lebih kepada memperingati peristiwa penghijrahan Rasulullah dan sahabat dari Kota Makkah al-Mukarramah ke Kota Madinah al-Munawwarah. Peristiwa hijrah tersebut menyingkap satu perjuangan yang ‘pantang menyerah atau mengaku kalah’ di samping ia menjadi garisan pemisah di antara kebenaran dan kebatilan. Ia juga diibaratkan sebagai satu jambatan yang menghubungkan antara dua tahap masa perjuangan Nabi iaitu, pertama di Makkah selama 13 tahun, dan kedua, di Madinah selama 10 tahun.
Dalam erti kata lain, hijrah itu berlaku atas dorongan iman yang kuat dan suci. Tanpa iman, pasti mereka akan berasa berat untuk meninggalkan keluarga, sanak saudara, kampung halaman dan kota kelahiran. Namun, demi mempertahankan cita-cita luhur yang lahir daripada iman kepada Allah dan Rasul-Nya, ia menguatkan semangat mereka untuk berhijrah. Mereka juga menyedari bahawa tanpa pengorbanan dan perjuangan kental, hasrat atau cita-cita murni itu pasti terkubur. Justeru, mereka bersiap sedia untuk berjihad dengan ikhlas kerana Allah. Mereka berhijrah demi memenuhi panggilan iman, mempertahan dan mencapai cita-cita murni itu. Mereka menghadapi apa sahaja rintangan, tekanan dan pelbagai kesulitan dalam perjalanan jihad itu dengan penuh sabar, tabah dan keteguhan hati. Hijrah Nabi dan sahabatnya bukan bererti menjadi orang yang kalah atau tersingkir. Hijrah yang penuh tentangan dan halangan itu memberi mereka peluang untuk meraih kemenangan.
Peristiwa hijrah juga memperlihatkan banyak kebijaksanaan Rasulullah. Ia menunjukkan bagaimana Nabi mengutamakan masjid, iaitu mendirikan masjid pertama di Madinah di satu tempat bernama Quba’ yang akhirnya dikenali sebagai Masjid Quba’. Ia juga memperlihatkan fungsi kepentingan masjid dalam Islam. Masjid kedua yang didirikan Nabi ialah Masjid Nabawi.
Seterusnya, kebijaksanaan baginda yang kedua ialah mempersaudarakan dua golongan, iaitu kaum Muhajirin (sahabat Nabi yang sama-sama berhijrah dari Makkah ke Madinah) dan kaum Ansar, yang bersedia menerima kedatangan mereka di Madinah. Baginda juga berusaha mengadakan beberapa kesepakatan dengan golongan Yahudi dan Nasrani di Madinah untuk mewujudkan suasana aman damai dan harmoni.
Melihat kepada perancangan baginda, marilah kita sama-sama mencontohi semangat hijrah yang terkandung padanya banyak hikmah dan iktibar. Antara teladan yang boleh dipelajari daripada hijrah Nabi ialah komitmen baginda memperbaiki dan membangunkan ummah, yakni membangun ummah beriman, bertakwa, bersaudara, bergotong royong, saling membantu dan hidup dalam damai dan harmoni, dengan umat beragama lain. Hijrah baginda bukan untuk kerehatan tetapi meneruskan perjuangan dakwah, kerja keras dan berkorban demi kebaikan ummah. Inilah masanya untuk umat Islam di Malaysia untuk menghayati roh hijrah ini untuk diaplikasikan dalam konteks semasa iaitu untuk membina semula kegemilangan tamadun Islam. Tamadun Islam tidak dapat dibina dengan hanya slogan-slogan indah atau retorik-retorik manis semata-mata, sebaliknya ia menuntut satu jihad, pengorbanan, kesungguhan dan komitmen yang jitu untuk menjulang panji-panji Islam ke persada dunia.
Hijrah juga mengajar makna perpaduan. Cuba renungkan kejayaan Rasulullah menyatukan dua kumpulan yang sebelum itu saling bermusuhan, iaitu Aus dan Khazraj. Atas nama persaudaraan dan demi kasih sayang kepada Allah, dua kumpulan ini akhirnya dapat disatukan. Dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia yang menyaksikan pelbagai ras, bangsa dan kaum, maka amat wajar umat Islam di Malaysia mempamerkan semangat toleransi dan rahmah sejajar dengan Islam sebagai al-Din yang amat menitik beratkan soal kedamaian sejagat dan kesejahteraan ummah.
Justeru, Islam dari awal-awal lagi menganjurkan umat Islam agar bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain dalam memakmurkan bumi Allah ini. Bumi Allah ini adalah milik semua makhluk yang diciptakan Allah dan ia bukan milik atau kepunyaan istimewa satu-satu kaum atau bangsa-bangsa tertentu. Malah kesemuanya diberikan hak dan keistimewaan yang sama rata untuk sama-sama mendiami alam ini di samping untuk memakmurkannya ke arah kejayaan dan kebahagiaan sejagat.
Oleh itu, Islam melarang keras sebarang bentuk penindasan, kezaliman, kekejaman atau permusuhan dengan bangsa lain biarpun berlainan akidah dan kepercayaannya, sedangkan Islam adalah al-Din yang bersifat rahmat kepada sekalian alam sebagaimana firman Allah dalam surah al-Anbia, ayat 107 maksudnya:
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekelian alam.

Dinar dan dirham Matawang syariah
Apakah perkaitannya dengan hijrah kepada matawang sebenar?
Sebenarnya  pada masa ini kita sedang menggunakan wang kertas yang hanya disahkan dan diperakui oleh bank pusat di mana ia sebenarnya tiada nilai intrinsik.Hakikatnya,wang yang sebenar adalah pertukaran di antara sesuatu barang dengan sesuatu yang berharga,contohnya dengan makanan,mahupun emas dan perak.
Apa yang berlaku sekarang,kapitalis menguasai kita dari segi kewangan secara keseluruhannya di mana kita sebenarnya “dipaksa” mempercayai yang matawang merekalah yang berharga.Namun,apa sahaja yang mereka lakukan,ianya tidak dapat menyelamatkan wang kertas dari dimamah inflasi dan susut nilai yang sangat tinggi.


Sistem kapitalis akan hancur satu hari nanti


Marilah kita mengurangkan kebergantungan kita terhadap wang kertas dengan menyimpan emas.Kita juga sudah boleh menukarkan wang fiat kita kepada dinar dan dirham,dan bermuamalat dengannya.Siapa kata tidak boleh?Ianya telah dibuktikan dan dipraktiskan di dalam komuniti kecil.
Kita tidak mampu mengubah dunia sekaligus,tapi kita mampu mengubah diri kita sedikit demi sedikit serta masyarakat di sekeliling kita.
Berhijrahlah setelah bertahun-tahun kita mempercayai wang kertas.Memang ianya sangat sukar,umpama membuang tahi lalat yang telah sebati dengan kulit,tetapi demi kebaikan dan memenuhi syariah Islam,marilah kita berhijrah kepada simpanan yang sebenar iaitu emas,dan bermuamalat dengan dinar dan dirham.Kita kukuhkan ekonomi  dan kewangan kita dengan simpanan emas.
Jika anda inginkan lebih info tentang dinar dan dirham,boleh mengunjungi group fb di bawah ini,dan anda juga boleh dapatkan senarai tempat/outlet/bisnes yang terima dinar dan dirham sebagai bayaran di doc yang disediakan.Selain itu program Dinihari Dinar juga diadakan setiap minggu iaitu pada hari Sabtu,boleh rujuk update di group ini:
-Dinihari Dinar
Jika ingin bermuamalat secara online,jenguk sahaja di sini,macam-macam barang dijual dan boleh dibeli menggunakan dinar dan dirham.Perkhidmatan pun ada :
Group perbincangan di mana ada lebih dari 200 doc yang boleh dirujuk di sini dan berbelas ribu ahli yang menyokong DnD :
Dinar dan Dirham

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More