Blogger Widgets Akaun simpanan emas Haram…Sejauh mana anda peduli ~ Umat Islam Kena Kaya

Sunday 25 March 2012

Akaun simpanan emas Haram…Sejauh mana anda peduli


Salam..
Sudah agak lama saya ingin menulis artikel ini kerana ini antara soalan yang kerap saya terima,iaitu mengenai akaun simpanan emas yang ditawarkan oleh beberapa buah bank.
Sebagaimana yang kita ketahui,emas lebih tepat dipandang sebagai simpanan untuk melindungi kekayaan daripada kadar inflasi yg tinggi. Namun sejak 10 tahun yang lalu kadar kenaikan emas dari sudut pelaburan mengatasi semua bentuk pelaburan lain seperti saham dan hartanah.
Emas lebih sesuai  sebagai simpanan kerana tujuan membeli emas adalah untuk melindungi kekayaan kerana nilai emas kekal.
Emas fizikal ialah emas dalam bentuk syiling,bar,jongkong dan wafer.Ianya boleh dipegang dan sebagai contoh,syarikat Public Gold,GCP dan beberapa pengeluar lain ada mengeluarkan emas untuk dimiliki sebagai aset.Aset unggul ialah emas,rumah dan hartanah namun kelebihan emas ialah ia boleh dibeli walaupun 1 gram dan boleh dijual sedikit bila terdesak.Dari segi kecairan juga sangat mudah.
Tidak seperti hartanah dan rumah yang mengambil masa yang lama untuk dicairkan,ada yang berbulan dan bertahun lamanya.
Ramai yang tanya saya kenapa akaun simpanan emas murah?Saya tanya,cuba minta bank tunjukkan emas itu,ada atau tidak?Harga emas mentah memang murah.Macam ni saya pun nak jual kertas bertulis harga emas dengan harga rendah.Mana boleh bandingkan dengan emas fizikal yang ditempa,dan mempunyai kos pembuatan?
Kenapa akaun simpanan emas haram?

Akaun simpanan emas - Haram
Yang pertamanya ia tidak menepati syarat sah jual beli.Mengikut Islam syarat sah jual-beli ada 4
1)pembeli
2)penjual
3)akad
4)barang
Setakat ini hanya akaun simpanan emas KFH sahaja yang patuh syariah kerana emas fizikalnya memang wujud dan disimpan untuk anda.
Beli emas dapat nombor atas kertas-inilah yang penyimpan akaun simpanan emas dapat.
Kalau anda ke kedai,anda ingin makan nasi tom yam,anda diberi kertas bertulis “nasi tom yam” ,apakah perasaan anda?Hukumnya-pasti berdosa bukan.
Beli emas,harus dapat emas bukan dapat kertas atau nombor.
Yang kedua-ia mempunyai unsur riba yang jelas.
Definisi riba adalah lebihan yang didapati melalui kaedah yang tidak adil seperti urusniaga spekulatif. Memang betul sekiranya kta menyimpan emas dalam bank turun naik bergantung kepada kenaikan emas. Tapi, seharusnya apabila kita membeli emas, kita harus mendapat emas dan bukan nya 1 buku account. Dan setiap urusan jual beli seharusnya belaku pada 1 masa yg sama.Tambahan pula  apabila hendak mengeluarkan kembali simpanan emas itu, ramai yang mengeluarkan wang kertas dan bukan nya emas.
Jadi, secara tidak langsung bukannya membeli emas tapi, melabur yg boleh juga dipandang macam melabur dalam saham. Semua orang percaya pada bank disebabkan kuasa yg dimiliki bank.Tapi, kita pasti ke yang bank mempunyai simpanan physical gold yang mencukupi?Jadi, saya cadangkan kalau nak ada emas, beli physical gold dan bukan nya menyimpan wang dlm mana2 account. Simpan wang dalam account nie hampir sama je concept dgn simpan dlm mana2 stocks.
Bank juga mengenakan pelbagai caj dan syarat yang ketat untuk mengeluarkan emas fizikal itu.Kalaulah setiap kali jual dan beli,emas itu ditunjukkan kepada anda sebagaimana KFH lakukan,pasti dibolehkan.
Oleh itu,nasihat saya,janganlah membuka atau meneruskan akaun simpanan emas anda,tukarkanlah kepada emas fizikal.Dapat pegang emas,dapat tengok-betapa adilnya hukum yang Allah swt tetapkan.Beli emas harus dapat emas,bukan kertas yang dicetak nombor atasnya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More