Bagaimana untuk mengelak menjadi mangsa pelaburan atau pembelian emas?
Kebanyakan syarikat menjanjikan aliran tunai tetap bulanan berupa diskaun lanjutan, hibah dan dividen termasuk menjanjikan keuntungan mudah dengan hanya menjadi broker untuk menjual emas di bawah harga semasa dalam kuantiti yang tidak masuk akal. Malah, mereka bergerak dalam keadaan sangat sistematik dan teratur dengan menjalankan aktiviti perniagaan dalam lingkungan undang-undang serta berselindung di sebalik sijil syariah untuk mengaburi mata pembeli atau pelabur Islam.
Dalam pada pembeli dan pelabur ghairah membeli emas dan perak ini sebagai alternatif pelaburan, mereka perlu berwaspada dan mengetahui beberapa perkara asas sebelum melakukan sebarang transaksi bersama penjual.
Pertama, emas dan perak fizikal. Penjual mesti mengemukakan fizikal kerana emas serta perak adalah komoditi dan sekiranya penjual gagal menunjukkan fizikal atau memberikan fizikal selepas transaksi dibuat, besar kemungkinan terbabit dalam skim di atas. Selepas memperoleh emas atau perak fizikal berkenaan, pastikan ia emas tulen atau mengikut spesifikasi dijanjikan.
Kedua, premium atas spot. Sekiranya syarikat A menjual RM22,000 untuk 100 gram emas berketulenan 999.9 (RM 220/gram) di atas harga spot RM180 segram, maka premium dikenakan ke atas pembeli ialah RM40/gram atau RM4,000 untuk 100 gram.
Jika syarikat B menjual pada harga RM18,300 untuk emas dengan ketulenan dan berat yang sama, tentu pelanggan yang bijak memilih syarikat B.
Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa premium atas spot bukan bermaksud keuntungan dinikmati penjual. Harga spot tidak mengambil kira kos overhead penjual seperti gaji, insurans, pengangkutan, kos penyimpanan dan lain-lain.
Ketiga, jurang perbezaan harga beli dan jual (spread). Mengambil contoh terdahulu, jika syarikat A membeli semula pada kadar RM17,500 untuk emas yang dijual pada harga RM22,000, jurangnya ialah RM4,500 atau 20.5 peratus.
Jika syarikat B membeli semula pada harga RM17,900, jurang perbezaan ialah RM400 ataupun 2.2 peratus saja. Dalam keadaan ini, syarikat B menawarkan jurang yang kecil dan sesuai sebagai pelaburan.
Ini kerana jika harga emas mengalami kenaikan tahunan 25 peratus, pembeli syarikat B akan mendapat keuntungan bersih 22.8 peratus.
Keempat, berat dan saiz. Emas dan perak di pasaran dunia secara umumnya mengenakan premium serta jurang perbezaan harga lebih tinggi untuk emas dan perak bersaiz kecil disebabkan kos cetakan selain pembuatan lebih tinggi berbanding saiz dan berat lebih besar, contohnya harga untuk 1 gram jongkong emas kini sekitar RM230.
Bagaimanapun, jika pembelian 100 gram jongkong emas, harganya sekitar RM18,300 iaitu (RM183/gram).
Kelima, sumber dan reputasi penjual.
Bagaimana untuk pembeli mengetahui sama ada ia tulen atau tidak?
Jangan letakkan beban menguji ketulenan itu di bahu anda, sebaliknya penjual bertanggungjawab melakukannya.
Pelbagai jenis ujian tidak destruktif boleh dilakukan di kedai emas dengan upah serendah RM10 atau kurang.
Antara ujian ialah ujian ketumpatan, asid, imbasan-x atau konduktiviti. Selain itu, terdapat jenis jongkong yang mempunyai sijil pengesahan daripada ‘assayer’ mengenai ketulenan emas atau perak. Namun cara terbaik adalah dengan menjalankan ujian untuk menentukan ketulenan.
Cerita tentang Genneva dan Pageantry Gold
Konon ada panel syariah,lihat semasa hari pelancaran,macam ni ke syarikat yang ada panel syariah.Sedarlah wahai umat Islam,anda dipergunakan dengan ayat “panel syariah”
Ramai yang bertanya mengenai Syarikat Genneva,iaitu syarikat yang menjual emas dan menjanjikan hibah bulanan dan mendakwa ada panel syariah (amat meragukan ).Kesimpulannya,untuk kedua syarikat ini termasuk Pageantry Gold,anda bayar mahal dari yang dijual oleh syarikat lain,dan anda terima pula duit anda sendiri bulan2.Masih tidak lucu?
Baca kisah di bawah.
p/s:Mereka dah umumkan di akhbar,takkan buyback emas yang dijual oleh mereka.
Artikel di bawah diambil dari blog dealer Jutawangold,En Mohd Azlin Ahmad
Pertemuan dengan wakil Geneva
Waktu rehat tengah hari, rakan sepejabat panggil aku ke tingkat beliau tanpa memberi apa-apa sebab. Macam lembu dicucuk hidung aku akur naik tanpa banyak soal.
Sebelum masuk ke ruang tamu (lounge) dapat kulihat 3 tetamu wanita menerusi dinding kaca yang melitupi ruang pertemuan. Dua orang yang agak berumur dan seorang lagi mungkin di pertengahan 20an. Dalam hatiku, “Alamak meeting apa pulak tengah2 hari ni, dahler baru je balik daripada meeting pagi tadi diluar”. Aku terus masuk dan melemparkan senyuman kepada tetamu sambil diperkenalkan oleh rakan sekerja.
Tetamu2 tersebut memperkenal diri mereka sebagai Pn A, Cik Z dan Pn H daripada syarikat Geneva Malaysia. Rupa2nya rakan2 aku ni nak minta aku dengar penerangan tentang Geneva gold investment product dan tawaran Hibahnya. Dalam hatiku, “Alamak, tak kan member2 aku ni nobatkan aku jadi expert untuk menilai pasal simpanan gold”. Apapun, inilah peluang untuk aku mendengar sendiri penerangan tentang Geneva Gold investment.
Berikut adalah intipati pertemuan dan penerangan daripada Pn A dan Pn H. Awek Cik Z tak banyak cakap. Cuma senyum dan perhatikan saja gelagat kitaorang. Disini cuma ringkasan apa yang berlaku dan apa yang diterangkan:
- Perkara pertama, mereka tanya saya, “Pernah dengar tentang Geneva?”, saya kata pernah daripada Suratkhabar.
- Pn H bagi saya pegang emas 1 kilo emirates. Buat pertama kali aku pegang emas sekilo. Tak penah rasa beb, jakun cikit. Tapi control ler sbb ada awek haha.
- Pn A. terangkan: Kita beli 1 kg emas pada harga hari ini iaitu RM 217/g. dan sign kontrak untuk 3 bulan dengan Geneva.
- Katakan rate Hibah dalam kontrak adalah 2%, Geneva akan terus bagi cek sebanya RM 4340 semasa kita membuat pembelian 1 kg emas yang bernila RM 217,000 denga rate RM217/g pada hari ni 29 Feb 2012.
- Seterusnya Geneva akan bayar amount yang sama selama 2 bulan lagi kerana kontraknya adalah 3 bulan.
- Pada bulan ke-3, kita boleh membuat pilihan untuk simpan emas tersebut. Atau menjual semula kepada Geneva dengan harga beli. Disini, kita juga boleh buat pilihan untuk buat kontrak baru tapi dengan harga emas yang baru. Sama ada kita jual atau tidak emas yang terdahulu kita beli.
- Pn H, selang seli bercerita:
- Kelebihan emas fizikal berbanding simpan dalam Akaun Emas atau simpanan wang fiat dalam akaun simpanan atau ASB. (Sebab member tu dah bukak citer kata duit dalam ASB)
- Jadikan emas untuk jana pendapatan melalui skim Geneva.
- Tak perlu risau kerana emas tersebut ditangan kita bukan Geneva.
- Antara soalan yang dijawap oleh keduanya:
- Minimum pembelian 100g
- Harga bulion boleh didapati daripada office Geneva.
- Harga juga sama seperti dalam http://www.goldbeam.org.my/
- Spread jual bullion mereka kepada kedai emas lain adalah 30%
- Kontrak hibah between 1.5% – 3%
Daripada sini saya buat conclusion bahawa:
- Rate Bulion yang dijual di Geneva iala RM 217/g
- Beli Bulion Bar 1 kg = RM 217,000
- Katakan Kontrak Hibah Geneva untuk 3 Bulan = 2%
- Maka sebulan dapat = RM 4,340
- Maka 3 bulan dapat = RM 13, 020
- Sekiranya kita pilih untuk simpan:
- Harga 1kg emas yang kita beli = RM 217,000 - RM 13, 020 = RM 203,980
- Jika suatu hari nanti nak jual balik, kea pastikan bahawa kita boleh jual dengan harga lebih daripada RM 203.9/g
- Sekiranya kita pilih untuk jual semula kepada Geneva:
- Untung yang kita perolehi = RM 13,020
- Geneva akan bayar kita semula dengan harga kita beli = RM 217,000
Apa beza dengan emas yang dijual PG atau GCP:
- Katalah saya ambik Avg pada harga PG 100g = RM 197/g
- Katalah saya ambik harga GCP 100g = RM189/g
- Tiada Hibah tapi harga belian lebih rendah.
Ini sahaja yang boleh saya kongsikan, pilihan ditangan anda. Renung-renungkan lah…
0 comments:
Post a Comment