Blogger Widgets Dimanakah Tempat Pelaburan Terbaik & Apa Risikonya? ~ Umat Islam Kena Kaya

Monday 2 April 2012

Dimanakah Tempat Pelaburan Terbaik & Apa Risikonya?


Dimanakah Tempat Pelaburan Terbaik & Apa Risikonya?




Mungkin ramai yang ingin tahu dimanakah tempat pelaburan yang terbaik ketika ini. Seperti yang kita semua sedia maklum ekonomi negara kini berada dalam keadaan bertambah baik akhir-akhir ini. Sepanjang tahun ini FBM KLCI (saham) berada pada paras tertinggi dan berada sekitar 1,500 mata.
Matawang RM semakin kukuh berbanding US Dollar.
Harga Emas naik mencanak selepas Tahun Baru Cina.
Maka ramailah yang mulai tertanya-tanya?
Dimanakah tempat terbaik untuk melabur pada masa sekarang?
Sebenarnya terdapat banyak tempat pelaburan yang terbaik!
Dan terdapat pelbagai cara untuk melakukannya.
Tapi itu semua jika anda tahu dan punyai maklumat yang tepat atau dengan kata lain, anda ada ilmu pengetahuan!
Sebab itulah, bagi yang Pakar, tempat terbaik untuk melabur (bukan sahaja pada masa sekarang bahkan sepanjang masa) adalah dengan MELABUR DALAM DIRI SENDIRI!
Omputih cakap “invest in yourself”.
Ini bermakna anda boleh membaca buku berkaitan ekonomi dan pelaburan. Menghadiri seminar, sering bertanyakan soalan kepada pakar, atau anda mungkin boleh sambung belajar.
Ini adalah cara yang paling bagus dan terbaik untuk mendapatkan pulangan daripada pelaburan anda! Pulangannya bukan sekadar wang tapi diri anda sendiri akan menjadi lebih bernilai!
Yang paling menarik, melabur dalam diri sendiri dalam Ilmu ini tiada risiko kerugian! Rugi jika anda tak guna Ilmu yang ada dan praktikkannya! Itu sahaja!
Disini saya senaraikan beberapa jenis pelaburan yang popular di negara kita dan tahap risiko yang mungkin dihadapi:
Simpanan tetap di bank
Kadar pulangan tetap sekitar empat hingga enam peratus. Jika kadar inflasi tinggi maka pulangan sebenar akan berkurangan. Sebagai contoh, jika pulangan adalah empat peratus dan kadar inflasi juga empat peratus setahun, maka pulangan sebenar adalah sifar.
Bagaimanapun, modal pokok adalah terjamin. Bagi yang takutkan risiko, pelaburan ini adalah pilihan sesuai kerana risikonya paling rendah, tetapi pulangan juga rendah.
Amanah saham
Kadar pulangan biasanya lebih tinggi daripada simpanan tetap kerana ia bergantung kepada prestasi saham yang dilaburkan pengurus saham amanah. Jika pengurusan amanah saham itu tidak cekap atau pasaran saham jatuh merudum maka pulangannya boleh menjadi negatif. Biasanya pulangan antara tujuh hingga 12 peratus setahun.
Terdapat risiko modal pokok berkurangan apabila nilai saham amanah jatuh bawah nilai. Bagaimanapun pelaburan umumnya adalah cair iaitu boleh dikeluarkan dengan mudah pada bila-bila masa. Prestasi pulangan sangat bergantung kepada kecekapan pengurus dana, maka pemilihan saham amanah yang hendak dilabur sangat kritikal.
Insurans hayat
Matlamat utama ialah melindungi pemilik polisi apabila berlaku kemalangan atau kejadian mudarat seperti kematian, kecederaan, sakit dan sebagainya. Ada skim yang bertindak serentak sebagai instrumen pelaburan. Seseorang pemegang polisi insurans seharusnya membandingkan tawaran yang diberikan pelbagai syarikat insurans supaya tawaran yang dipilih paling sesuai dengan keperluannya dan kadar premium yang paling menguntungkan. Prestasi syarikat insurans dalam mengotakan janji apabila tuntutan dibuat juga perlu diselidiki.
Hartanah
Kadar sewaan, pendapatan atau pulangan bergantung kepada lokasi dan jenis hartanah. Kadar sewaan dan harga hartanah biasanya turut meningkat bersama inflasi. Kebiasaannya nilai hartanah akan meningkat. Sebagai contoh, 25 tahun lalu tanah di Shah Alam dijual pada harga RM3 sekaki persegi dan pada 2005 ia dijual pada harga RM50 sekaki persegi.
Risiko yang ditanggung seperti tiada penyewa, berlaku kebakaran, pelaburan tidak begitu cair jika dibandingkan pelaburan dalam amanah saham.
Jika kadar sewa tinggi sekitar lapan hingga 10 peratus daripada harga rumah setahun, bayaran bulanan pinjaman bank mungkin boleh ditampung menggunakan duit sewa bulanan khususnya jika tempoh pinjaman panjang dan kadar faedah pinjaman antara enam hingga tujuh peratus. Biasanya peluang sedemikian wujud di tempat yang permintaan rumah sewa tinggi. Seorang pelabur hartanah berpengalaman berkata, faktor paling penting ialah lokasi, lokasi dan lokasi. Ringkasnya pendapatan diperoleh daripada sewa dan kenaikan nilai hartanah.
Melabur terus dalam saham tersenarai di pasaran saham
Pelaburan ini sepatutnya boleh menjana pulangan lebih tinggi dari pelaburan lain, tetapi ramai yang gagal berbuat demikian. Risikonya tinggi kepada mereka yang tidak berpengetahuan, berpengalaman dan berdisiplin.
Bagi yang berminat, sila baca The Inteligent Investor oleh Benjamin Graham dan buku tulisan Robert G Hagstrom mengenai kaedah pelaburan yang diamalkan Warren Buffet. Mengikut penulis buku ini, antara asas utama kriteria memilih saham syarikat ialah nilai tawaran saham berbanding nilai perniagaan syarikat, potensi pertumbuhan, kualiti pengurusan syarikat, kurangnya risiko yang boleh mengancam perniagaan, margin keselamatan pembelian saham itu. Anda perlu berpengetahuan menganalisis prestasi dan potensi syarikat, sektor berkaitan dan nilai dalaman syarikat supaya mampu memilih saham terbaik.
Anda juga perlu berdisiplin mengawal diri terhadap sifat takut dan tamak supaya tidak mengganggu keputusan membeli dan menjual. Semua belian dan jualan dibuat berasaskan analisis berdasarkan fakta, pengetahuan perniagaan dan ekonomi dan kefahaman tentang perwatakan pasaran saham. Umumnya, prestasi pulangan dan risiko yang terbabit bergantung kepada faktor positif dan negatif dalaman syarikat dan faktor positif dan negatif luaran syarikat. Pembelian berdasarkan khabar angin atau terikut-ikut dengan orang lain pasti akan mengundang kerugian besar.
Melabur sebagai usahawan dalam perniagaan
Semua pulangan dari pelaburan tetap dalam bank, amanah saham atau saham adalah pendapatan lebihan dari perniagaan kerana wang yang dilaburkan itu digunakan secara langsung atau tidak langsung untuk tujuan perniagaan. Oleh itu mereka yang melabur secara langsung dalam perniagaan seharusnya boleh menjana pendapatan jauh lebih tinggi berbanding pulangan dari pelaburan pasif – artikel dari www.top5reason.com


Sumber: http://alamonline.net/blog/dimanakah-tempat-pelaburan-terbaik-apa-risikonya/

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More