Blogger Widgets Satu Pengajaran Dari Republik Weimar, Jerman ~ Umat Islam Kena Kaya

Wednesday, 2 May 2012

Satu Pengajaran Dari Republik Weimar, Jerman

Republik Weimar adalah nama yang diberikan oleh ahli sejarah ke atas republik persekutuan dan wakil demokrasi berparlimen yang ditubuhkan pada tahun 1919 di Jerman untuk menggantikan bentuk kerajaan imperialis. Ia dinamakan selepas Weimar, bandar di mana perhimpunan perlembagaan berlaku. Nama rasminya adalah Realm Jerman (Deutsches Reich), yang sering disalahterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Empayar Jerman. 

Pada awal Perang Dunia Pertama, Jerman menghentikan piawaian emas (gold standard) dan melarang rakyat untuk membuat penebusan matawang (Mark) kepada emas dan perak. Seperti semua peperangan, Perang Dunia Pertama merupakan peperangan oleh mesin pencetak matawang. Jumlah bilangan Mark di dalam edaran di Jerman adalah empat kali ganda semasa perang berbanding sebelumnya. Walaubagaimanapun, harga barang-barangan dan servis tidak melambung tinggi dan dipengaruhi dengan inflasi bekalan matawang. Oleh itu, kesan inflasi ini tidak dirasai. 



50 Juta Mark dari Republik Weimar, Jerman

Satu-satunya sebab bagi fenomena aneh ini berlaku ialah kerana pada zaman yang ketidaktentuan, orang ramai cenderung untuk menyelamatkan setiap sen yang mereka ada. Mereka tidak membelanjakanya, malah mengumpul dan menyimpanya sahaja. Perang Dunia Pertama adalah suatu peringkat masa yang tidak menentu. Walaupun kerajaan Jerman telah mencetak bertan-tan matawang Mark, tetapi tiada siapa pun telah membelanjakannya lagi. Tetapi menjelang akhir Perang Dunia Pertama, orang ramai membelanjakan matawang mereka dan dengan sekelip mata sahaja harga barangan menjadi mahal disebabkan kesan inflasi yang melampau. 
Sebelum berakhirnya Perang Dunia Pertama, kadar pertukaran antara emas dan matawang (Mark) adalah kurang daripada 100 Marks untuk setiap auns emas. Tetapi menjelang tahun 1920, pertukaran antara emas dan matawang (Mark) adalah diantara 1,000 dan 2,000 Marks per auns. Harga barangan runcit juga melambung naik sebanyak 10 hingga 20 kali ganda. Bagi mereka yang mempunyai simpanan matawang (Mark) semasa Perang Dunia Pertama, mereka menjadi sangat bingung apabila mendapati kuasa beli matawang mereka jatuh sebanyal 90% berbanding dua tahun sebelum itu. 
Selepas itu, inflasi mula menjadi perlahan, dan masa depan  Republik Weimar sudah semakin kelihatan cerah. Ekonomi telah kembali pulih. Perniagaan dan pengeluaran perindustrian semakin meningkat. Tetapi, masa untuk membayar pampasan Perang Dunia Pertama sudah tiba. Kerajaan terpaksa membayar pampasan tersebut dengan meneruskan pencetakan matawang (Mark) mereka. Dengan sekelip mata, pada musim panas 1921 harga mula meningkat kembali dan pada bulan Julai 1992 harga telah melambung kembali sebanyak 700%!
Ini merupakan suatu titik kesedaran kepada orang ramai. Dan apa yang tercetus sebelum itu telah mengubah kepercayaan mereka terhadap sistem ekonomi di Republik Weimar. Setelah mereka menyaksikan kuasa beli matawang mereka yang menjunam jatuh sebanyak 90% pada tahun 1919, mereka kini sedar apa yang mereka harus lakukan. Mereka menjadi semakin bijak, kerana mereka sudah terkena sebelum ini. 
Secara tiba-tiba, seluruh masyarakat di Republik Weimar telah berubah persepsi terhadap matawang mereka. Mereka tahu jika mereka menyimpan dan memiliki matawang untuk tempoh masa tertentu, mereka akan mendapati diri mereka dibakar hidup-hidup. Kejatuhan nilai matawang menyebabkan kenaikan harga barang-barangan serta menghapuskan kuasa beli mereka. Secara serentak, masyarakat di Republik Weimar mula menghabiskan matawang mereka dengan seberapa segera yang boleh kerana tiada siapa mahu dibakar hidup-hidup dengan menyimpan matawang yang semakin jatuh nilainya itu.
Selepas perang tamat, Jerman telah membuat bayaran pampasan yang pertama kepada Perancis dengan kebanyakannya menggunakan emas dan bakinya dengan menggunakan besi, arang batu, kayu, dan bahan-bahan lain. Tetapi Jerman tidak mempunyai sumber lagi untuk membuat pembayaran yang kedua. Perancis menyangka Jerman cuba mencari jalan keluar untuk tidak membayar. Jadi, pada bulan Januari tahun 1923, Perancis dan Belgium menyerang dan menakluk Ruhr (kawasan perindustrian Jerman). Tentera-tentera Perancis dan Belgium menyerang dengan mengambil alih kilang-kilang besi dan keluli, lombong arang batu dan landasan keretapi.
Sebagai reaksi tindak balas Jerman terhadap Perancis dan Belgium, mereka membayar kesemua pekerja kilang-kilang yang dianggarkan lebih dari 2 juta pekerja. Pekerja-pekerja ini dibayar untuk tidak bekerja lagi. 
Sementara itu, kerajaan Republik Weimar telah membuatkan mesin pencetak matawang mereka menjadi semakin laju proses pencetakkanya. Menurut muka depan New York Times, 9 Februari 1923, Republik Weimar  mempunyai 33 kilang percetakan yang telah mencetak 46 billion Marks setiap hari! Pada bulan November 1923, mesin-mesin pencetak ini telah meningkatkan pencetakan matawang Mark sebanyak 500 quadrillion (500,000,000,000,000,000) sehari!
Keyakinan orang ramai terhadap ekonomi Republik Weimar telah jatuh dengan teruk sekali. Kerajaan telah terperangkap dengan keadaan ekonomi yang menjunam ini. Tidak kira berapa banyak matawang Mark telah dicetak, nilai matawang tersebut jatuh dengan lebih cepat berbanding matawang baru yang masuk ke dalam peredaran. Jadi kerajaan tidak mempunyai pilihan lain lagi, hanya terpaksa dengan terus mencetak lebih dan lebih dan lebih lagi.
Pada lewat Oktober dan awal November 1923, sistem kewangan Jerman menjadi semakin parah. Sepasang kasut yang berharga 12 Mark sebelum perang telah berharga 30 trillion Mark. Sebuku roti dari 0.5 Mark kepada 200 billion Mark. Sebiji telur dari 0.08 Mark kepada 80 billion Mark. Pasaran saham Jerman melambung daripada 88 mata pada akhir perang kepada 268,900,000,00 mata, tetapi nilai pembelian telah jatuh lebih daripada 97%!
Hanya emas dan perak tidak terjejas dengan inflasi. Harga emas telah melambung dari 100 Mark kepada 87, 000,000,000,000 (87 trillion) Mark setiap auns (31.1 gram), peningkatan sebanyak 87 trilion %. Kuasa membeli emas dan perak telah meningkat secara eksponen. 
Apabila hiperinflasi di Jerman berakhir pada 15 November 1923, bekalan matawang telah berkembang daripada 29.2 bilion Marks pada awal 1919, kepada 497,000,000,000,000,000,000 (497 quintillion) Mark. Peningkatan bekalan matawang lebih daripada 17 bilion kali. Jumlah nilai bekalan matawang telah menurun 97.7% terhadap nilai emas. 

 Harga 1 auns emas dan perak dalam di Jerman dari tahun 1914-1923


Golongan miskin sebelum krisis tetap menjadi miskin, jadi mereka tidak merasai kesan hiperinflasi ini. Golongan kaya, mendapat keuntungan dan menjadi jauh lebih kaya. Tetapi bagi golongan kelas pertengahan, merekalah yang merasai seksa hiperinflasi yang paling parah. Malah, mereka semua menjadi papa kedana. 

Tetapi, terdapat satu golongan yang licik dan bijak dengan mengambil kesempatan daripada persekitaran hiperinflasi ini. Mereka licik, cekap, bijak dan lincah. Mereka adalah golongan yang dapat menyesuaikan diri dengan dunia hiperinflasi ini. Mereka tidak kisah apa kelas mereka (kelas pertengahan atau miskin), jika mereka boleh menyesuaikan diri dengan baik, mereka boleh menjadi kaya dalam masa beberapa bulan sahaja.
Pada masa ini, keseluruhan blok-blok bandar di pusat bandar Berlin, Jerman boleh dibeli dengan hanya 25 auns emas ($500) sahaja. Golongan-golongan yang memegang kekayaan mereka dalam bentuk matawang menjadi semakin miskin kerana mereka melihat kuasa membeli mereka jatuh menjunam. Disebaliknya, golongan-golongan yang memegang kekayaan mereka dalam bentuk emas melihat peningkatan kuasa membeli mereka secara eksponen kerana mereka telah menjadi kaya secara perbandingan.
Di sini, satu pengajaran yang hebat boleh dipelajari: Semasa pergolakan kewangan, gelembung ekonomi, kejatuhan pasaran, kemurungan, atau krisis mata wang seperti ini, sebenarnya kekayaan tidak dimusnahkan. Ia hanya dipindahkan. Semasa hiperinflasi di Republik Weimar, emas dan perak telah menghancurkan matawang fiat. Oleh itu, golongan-golongan yang mempercayai dan mempunyai emas telah meraih ganjaran berlipat kali ganda.

Harga emas sekarang, familiar dengan patern graf ini? Soon.

p/s: Mereka yang tidak belajar dari sejarah, pasti akan mengulanginya semula.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More