Blogger Widgets Umat Islam Kena Kaya

Goldcrest Pavilion (GCP)

GCP menjual dan membeli barang kemas, jongkong emas, membeli emas terpakai, dinar, syiling emas dan sebagainya.

Butik Emas

Butik emas menjual dan membeli barang kemas, membeli emas terpakai, dinar, syiling emas dan sebagainya.

Takaful IKHLAS

Lindungi diri dan ahli keluarga anda yg tersayang dengan perlindungan Takaful IKHLAS

Public Mutual

Tambahkan pendapatan anda dengan amanah saham patuh syariah Public Mutual

Hartanah (Properties) for sale!!

Dapatkan Hartanah yang baik dgn harga murah dan berpatutan

Diversify your Investment

Pelajari bagaimana mengurus risiko anda dengan mempelbagaikan pelaburan

Wednesday, 13 June 2012

The Rise and Rise of Gold – Graphic of the Day

With lots of investors bailing out of the stock market, gold continues to rise. Known as a “fear investment,”today’s graphic charts gold prices since the 1970s. Gold vaulted above $1,700 an ounce for the first time on Monday. 



Sumber: 

Perak akan lebih bernilai dari Emas.






Perak, adalah sejenis logam yang nilainya paling direndahkan (most undervalued) dalam sejarah tamadun manusia. Emas hari ini tidak dapat di nafikan lebih sukar ditemui dan diperolehi berbanding perak, namun bagaimana pula hari-hari berikutnya?



Secara purata kini, setiap 10 oz perak yang dilombong, hanya 1 oz sahaja emas yg dapat dilombong. Namunpun begitu, kebanyakan Perak yang di lombong akan digunakan dalam pelbagai jenis industri. Sedangkan emas yang dikeluarkan dari bumi, kuantitinya terkumpul dan semakin bertambah secara globalnya.

Melihat kepada pelabur logam berharga (precious metal investor), ramai diantara mereka yang melabur lebih kepada emas berbanding perak.

Melihat kepada dunia moden hari ini, perak akan menjadi lebih sukar ditemui dan secara tidak langsung, akan menjadi semakin berharga dari emas. Pada tahun 1950, terdapat lebih kurang 10 bilion oz stok tersedia perak seluruh dunia. pada tahun 1980, jumlah tersebut telah mengecil kepada  3.5 bilion oz dan pada tahun 2010 dianggarkan stok perak yang tersedia di seluruh dunia hanyalah antara 500 juta ke 700 juta oz.



Jika dilihat dari perspektif lain pula, pada tahun 1950, total stok emas tersedia di seluruh dunia adalah lebih kurang 1 bilion oz, dan hari ini di anggarkan jumlahnya mencecah 7 bilion oz.

Pada tahun 1980 apabila harga perak hampir mencecah USD 50 per oz, populasi dunia adalah 2.5 bililon orang. Keluaran negara kasar (KNK/GND-Gross Domestic Product) secara global adalah lebih kurang USD 10 trilion dan negara China mempunyai ekonomi ke 11 terbesar di dunia.



Dan pada tahun 2010, populasi dunia telah meningkat kepada 7 bilion orang. Keluaran negara kasar secara global pula adalah USD 60 trilion dan negara China telah telah mempunyai ekonomi ke 2 terbesar di dunia.



Jadi populasi dunia sejak 1980 ke 2010 telah naik 176%, keluaran negara kasar secara global meningkat sehingga 500%. Stok emas tersedia dunia pula naik 600% tetapi stok perak tersedia dunia telah berkurang sekurang-kurangnya sejumlah 91%. Dan harga perak juga masih rendah, malah turun 46% dari kenaikan tertingginya pada tahun 1980.



 Melihat kepada sejarah, nisbah perak kepada emas yang sepatutnya adalah 15 kepada 1 (15:1).



Namun hari ini apa yang terjadi, nisbah tersebut meningkat kepada 50 kepada 1 (50:1). Ini menunjukkan bertapa perak sebenarnya lebih berharga dari yang sepatutnya. Walaupun kita mengabaikan stok tersedia perak yang ada harini, dan menjadikan nisbah perak kepada emas serendah 10 kepada 1 (10:1), dengan menggunakan harga emas hari ini (2010) yang bernilai USD 1400 untuk setiap oz, harga perak sepatutnya tidak kurang dari USD 104 untuk setiap oz.

Perak kini digunakan dengan sangat meluas dalam pelbagai industri dari sebelum ini, dan adalah maklum yang kuantiti perak hari ini lebih sedikit berbanding kuantiti emas yang tersedia di seluruh dunia. Keperluan dan permintaan perak telah meningkat sehingga 18% untuk tahun lepas sahaja. Dan permintaan ini akan terus meningkat dari hari ke hari.

Perak digunakan dalam pelbagai industri, antaranya kain pembalut luka, bateri, proses pateri,  telefon bimbit, komputer, satelit, senjata berteknologi tinggi, laser, teknologi digital, pakaian, papan litar elektronik, dakwat, panel solar, penapis air, pemprosesan kayu, antena, cip RFID (radio-frequency identification), teknologi tampa wayar, passport dan banyak lagi.

Pada tahun 1990 sehingga 2000 sahaja, hampir 10 bilion oz perak sedia ada habis digunakan. Sedangkan pada tahun 2000, permintaan terhadap perak hanya 35% sahaja, tetapi hari ini telah meningkat ke 54%. Dan melihat kepada perkembangan penggunaan perak, defisit pengeluaran perak hanya akan semakin tinggi.

Negara China sejak 2003 telah mengembangkan teknologi tenaga solar dengan kenaikan sehingga 100% setiap tahun. Pada tahun 2014 dunia akan memerlukan sekurang-kurangnya 130 juta oz perak hanya untuk keperluan 1 tahun dalam menghasilkan solar panel.

Manusia telah menggunakan begitu banyak perak dalam tempoh 50 tahun kebelakang ini, sehingga kali terkahir stok perak tersedia serendah hari ini adalah pada tahun 1300 masihi. Kebanyakan defisit perak yang banyak digunakan hari ini adalah daripada simpanan stok kerajaan. Kerajaan US sahaja telah mengeluarkan 5 bilion oz perak dari simpanannya ke dalam pasaran perak sejak perang dunia ke 2. Dan sehingga tahun 2010, merujuk kepada USGS (United States Geological Survey), stok perak kerajaan US adalah sudah habis.



Pengeluaran dan permintaan defisit ini terus diabaikanoleh pelabur global tahun demi tahun, dekad demi dekad. Jumlah keseluruhan perak yang dilombong pada tahun 2009 adalah sebanyak 710 juta oz sahaja, sedangkan jumlah permintaan perak adalah 889 juta oz pada tahun itu. Jadi defisit pengeluaran adalah sebanyak 179 juta oz untuk memenuhi permintaan pasaran.

Dengan penggunaan perak yang semakin meluas saban hari, dan defisit pengeluaran dan permintaan perak yang berterusan, akan mengakibatkan penggunaan stok perak yang tersedia tampa henti, tampa penambahan stok semula.

FutureMoneyTrends.com telah sebelumnya menganggarkan yang Palladium lebih berharga dari Platinum, menganggarkan yang perak satu hari nanti akan lebih berharga dari emas. Permintaan terhadap perak yang semakin menggila namun pengeluarannya yang tidak pernah cukup, akan menyebabkan stok tersedia di bumi sekarang akan habis pada dekat ini.

Perak, mungkin bakal menjadi pelaburan paling menguntungkan dalam sejarah peradaban manusia. Berapa kerapkah generasi manusia mempunyai peluang untuk melabur dalam sumber asli yang sangat terhad, yang dalam masa terdekat bakal habis.

Prestasi EMAS & PERAK (5 tahun, 10 tahun):





"EMAS" dalam Al-Quran






Ayat-ayat Al-Quranul Karim yg menyebut tentang EMAS. Fikir-fikirkan:

Al-Kahfi , 31: "Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, ...

Faatir , 33: (Balasan mereka ialah) Syurga - syurga "Adn", yang mereka akan memasukinya; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan dari emas dan mutiara; dan pakaian mereka di situ adalah dari sutera."

Az-Zukhruf , 71: "Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): ""Kamu adalah tetap kekal di dalamnya""." 

Al-Hajj , 23: Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam Syurga yang mengalir padanya beberapa sungai; mereka dihiaskan di situ dengan gelang-gelang emas dan mutiara, dan pakaian mereka di situ dari sutera.

A-li 'Imraan , 14: "Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak;........

At-Taubah , 35: "(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu." 

At-Taubah , 34: Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. 

Az-Zukhruf , 53: (Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?""" 

JUZUK KEEMPAT: Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu....

Al-Israa' , 93: "Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya".....

Al-A'raaf , 148: "Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara....





Pemerhatian saya:



ALLAH S.W.T menggambarkan emas adalah sangat2 berharga dan tinggi nilainya tidak kira timeline-nya di mana. Bila ALLAH cerita sejarah silam (zaman nabi2 berpuluh/ratus ribu tahun dulu), emas adalah sgt berharga. Bila ALLAH ceritakan tentangSyurga iaitu keadaan akan datang (future), juga emas akan tetap sangat berharga dan amat tinggi nilainya. Timeline dari dulu2 smpai akan datang di Syurga nanti, emas sgt2 berharga. Maka, fikir2kan lah... Something to ponder..



Kesimpulannya:



Past = present = future (syurga) ---> Emas sentiasa berharga & nilainya tinggi





Tuesday, 12 June 2012

Islam Tidak Suruh Umatnya Jadi Kaya!


Islam Tidak Suruh Umatnya Jadi Kaya!

Garu kepala.
Bukan sekali dua.
Dah banyak kali terbaca dan terdengar.
Islam tidak pernah menghalang kita semua mencari harta kekayaan asalkan melalui cara yang halal dan membayar zakat apabila sampai masanya.
Berikut adalah 8 jawapan untuk persoalan sebegini. Kalau terdengar dan terbaca, selalunya saya senyapkan sahaja, melainkan kalau ada orang bercakap terus dengan saya.
#1 Nabi tak suruh umatnya jadi kaya!
Habis tu nak suruh Yahudi ke bayar zakat?
#2 Harta tak boleh bawak masuk kubur.
Harta yang jadi sedekah jariah boleh aje.
#3 Orang kaya semua jahat, makan rasuah, tamak.
Lembaga Zakat Selangor pada 2011 kutip RM 393.5 juta. Orang jahat rupanya yang bayar zakat ni.
#4 Orang yang nak jadi kaya ni golongan kapitalis!
Oh, jadi ok lah umat Islam jadi pengemis?
#5 Buat apa jadi kaya, syukur dengan apa yang ada.
Alhamdulillah, surau taman kita dah 7 tahun tak siap-siap lagi. Agaknya missionaries Kristian mana yang nak sumbang duit ye?
#6 Yang penting ilmu, bukan harta.
Iya lah. Sebab tu kena pinjam PTPTN nak masuk universiti kan.
#7 Qarun je yang suka kumpul harta ni.
Dah orang baik-baik macam kau tak mahu, Qarun kautlah semua.
#8 Kena zuhud syeikh. Duit, saham, emas semua ni dunia.
Nanti kau dah masuk gaji, transfer duit tu ke akaun bank aku ye. Aku banyak hutang lagi ni belum selesai.

Sumber:

GCP KOMITED BANTU USAHAWAN EMAS


“PRESS RELEASE “ RUANGAN BISNES AKHBAR SINAR HARIAN 12 APRIL 2012
GCP KOMITED BANTU USAHAWAN EMAS
Goldcrest Pavilion Sdn Bhd (GCP)adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputra sepenuhnya. ditubuhkan secara rasmi dan diperbadankan di bawah akta syarikat 1965 pada 26 Mac 2009 sebagai pembekal barang kemas, jongkong emas, dinar emas, dan syiling emas.

Kepakaran kami menyediakan platform terbaik dan membimbing masyarakat mencapai ‘financial freedom’ dalam dimensi yang amat jelas melalui simpanan,pelaburan dan perniagaan emas fizikal telah terbukti apabila berjaya melahirkan lebih 3000 usahawan emas bumiputra dalam tempoh 3 tahun.

Pengurus operasi GCP, En Shahrulizam b. Ahmad berkata, pada tahun ini pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan bertujuan membantu golongan bumiputra yg ingin menceburi bidang perniagaan dan pelaburan emas untuk menambah nilai hidup mereka dgn ilmu dan sistem yg terbukti berjaya.

Antara aktiviti yang sedang dilaksanakan ialah Seminar PERCUMA Transformasi Minda Jutawan Emas, yg membuka minda masyarakat untuk mendalami ilmu bagaimana emas yang merupakan simbol kekayaan boleh membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Seminar ini adalah gabungan idea dan ilmu yg disampaikan oleh dua orang yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan emas dan perak fizikal iaitu Pemilik GCP sendiri En. Shamsul Anuar bin Md. Ali dan Pemilik Silver One Marketing Sdn Bhd, En Faizal Yusof yg merupakan Jurulatih Kejayaan dalam bidang Pelaburan Emas dan Perak Fizikal dan juga pakar dalam membimbing masyarakat tentang kepentingan menyimpan,melabur dan perniagaan emas dan perak fizikal.

Dalam seminar ini juga pelbagai tips simpanan, pelaburan, pemasaran dan jualan yang terbukti berjaya dikongsi bagi membantu individu yg berminat menceburi perniagaan emas secara serius.

Bimbingan secara berterusan dan kursus lanjutan turut diberikan kepada peserta seminar bagi memastikan ilmu yang disampaikan dipraktikkan dan memberi impak yg besar untuk menambah nilai hidup para peserta.

Anda mungkin menghadapi risiko MISKIN BANDAR atau PAPA KEDANA 5 tahun dari sekarang sekiranya anda tidak mengetahui EMAS dan PERAK FIZIKAL boleh mengekalkan kekayaan yang anda miliki sekarang.

Untuk mengetahui jadual seminar Transformasi Minda Jutawan Emas dapatkan akhbar Sinar Harian 25 April 2012 atau Hubungi Hunting Line GCP 1 700 81 7969.

KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN 12 APRIL 2012

ARKIB GAMBAR SEMINAR YANG TELAH DIJALANKAN

BENTONG
Seminar Transformasi Minda Jutawan Bersama Mentor Emas Faizal Yusof

ALOR SETAR
Seminar Transformasi Minda Jutawan Bersama Mentor Emas Faizal Yusof

SEREMBAN
Seminar Keusahawanan & Teknikal Analisis Bersama Pendita Emas

KUALA LUMPUR
Seminar Keusahawanan & Teknikal Analisis Bersama Pendita Emas

KUANTAN
Seminar Keusahawanan & Teknikal Analisis Bersama Pendita Emas

KUALA TERENGGANU
Seminar Keusahawanan & Teknikal Analisis Bersama Pendita Emas

KOTA BHARU
Seminar Keusahawanan & Teknikal Analisis Bersama Pendita Emas

BATU PAHAT
Seminar Keusahawanan & Teknikal Analisis Bersama Pendita Emas

MANJUNG
Seminar Peluang Perniagaan Emas GCP

Gold Crest Pavilion Sdn Bhd (GCP)



Siapa GCP?
  • Sebuah syarikat berdaftar milik bumiputera sepenuhnya dan beribu pejabat di Nilai, Negeri Sembilan.
  • Ditubuhkan secara rasmi & diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 26 Mac 2009.
  • Menyediakan perkhidmatan menjual dan membeli barang kemas, jongkong emas, emas terpakai, dinar, syiling emas dan sebagainya.


Produk GCP
  • Gold bar GCP 999 (1g,10g, 20g, 50g & 100g)
  • Dinar GCP 999.9
  • Rantai Tangan & Rantai Leher GCP 999 & 916
  • Gold Bar Pamp Suisse 999.9 (bergantung kepada stok)
  • Silver bar GCP (10g, 20g, 50g, 100g)

Apa yang Menarik Tentang GCP?

Visi:
Simpanan emas menjamin masa depan.

Misi:
Meningkatkan ekonomi bumiputera melalui simpanan emas.

Matlamat:
Mendidik masyarakat tentang pentingnya simpanan emas untuk kelangsungan hidup sewaktu kegawatan ekonomi dan politik.




Melahirkan masyarakat yang celik ilmu tentang emas yang kalis inflasi.


Membuka peluang kepada Bumiputra untuk meningkatkan ekonomi melalui simpanan emas dan perniagaan emas.

Untuk keterangan lanjut tentang GCP, anda boleh pergi ke official website GCP dihttp://www.gcp.com.my ataupun klik saja logo GCP di atas...



Sumber: 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More